PTAR EXPLORE HUNT WITH PERMATA SEARCH SIRI 2
23 – 24 Oktober 2025 | 1 – 2 Jamadilawal 1447H
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor sekali lagi menganjurkan PTAR Explore Hunt with PERMATA Search Siri 2 melibatkan 108 peserta. Program anjuran pelajar Latihan Industri ini memperkenalkan PERMATA Mobile Apps sebagai platform utama pencarian maklumat digital secara interaktif.
Aktiviti yang dijalankan merangkumi demonstrasi aplikasi, cabaran speed reading, Explore Hunt Challenge serta kuiz interaktif. Program ini bertujuan memperkasa budaya ilmu dan meningkatkan literasi maklumat melalui pendekatan digital.
Impak program termasuk:
- Kefahaman lebih baik terhadap penggunaan PERMATA Mobile Apps
- Peningkatan penggunaan sumber digital PTAR
- Menyokong agenda Transformasi Digital UiTM
Siri 2 ini berjaya mencapai objektif dan bakal diteruskan dengan penambahbaikan serta integrasi teknologi baharu.


