Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

PROKEP 2025 Hari Ketiga: Persembahan Idea, Rumusan Kepimpinan dan Pengiktirafan Kecemerlangan

Shah Alam, 1 Oktober 2025 – Hari ketiga Program Kepimpinan Pelaksana Perpustakaan UiTM (PROKEP 2025) melabuhkan tirai dengan penuh bermakna melalui sesi pembentangan, rumusan kepimpinan dan pengiktirafan kecemerlangan.

Sebanyak tujuh kumpulan peserta tampil mempersembahkan idea hasil sumbang saran yang dijalankan pada hari kedua. Setiap kumpulan membentangkan cadangan penyelesaian masalah berkaitan pengurusan dan operasi perpustakaan, diikuti sesi soal jawab bersama juri serta kumpulan lain.

Penilaian dilakukan oleh juri profesional diketuai oleh Puan Aznur Umiza binti Abu Kasim @ Abu Kassim dan Puan Norazlin binti Mohd Yusof, berdasarkan aspek kreativiti, kebolehlaksanaan serta impak cadangan terhadap perkhidmatan perpustakaan.

Dalam ucapan penutupnya, Encik Zharif Farhan bin Muhamad Pauzi, Pengerusi PROKEP, menegaskan bahawa program ini membuktikan kumpulan pelaksana bukan sahaja pelaksana tugas, malah pemikir strategik dan penyelesai masalah yang berupaya menyumbang idea bernas demi memperkukuh operasi perpustakaan.

Sementara itu, Puan Aznur Umiza binti Abu Kasim, Pengarah Bahagian Pengurusan Perpustakaan, memberikan rumusan akhir yang menegaskan bahawa dapatan kumpulan mencerminkan kreativiti, kepimpinan dan komitmen tinggi peserta dalam membawa transformasi seiring aspirasi Perpustakaan UiTM.

Acara kemuncak hari ketiga diakhiri dengan pengumuman pemenang bagi kategori Pembentangan Kumpulan Terbaik, Peserta Lelaki Terbaik, Peserta Perempuan Terbaik, dan Peserta Inovasi. Pengiktirafan ini menjadi simbol penghargaan terhadap dedikasi, profesionalisme dan inovasi kumpulan pelaksana dalam memastikan kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan.

Tags: ,