Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Telaah Ilmu: 1 Staf 1 Buku – “Book Review” Galak Budaya Membaca Dalam Kalangan Warga UiTM Johor

Program Telaah Ilmu: 1 Staf 1 Buku – “Book Review” Galak Budaya Membaca Dalam Kalangan Warga UiTM Johor

Segamat, 17 Oktober 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor telah menganjurkan Program Telaah Ilmu: 1 Staf 1 Buku – “Book Review” bertempat di PTDI 1. Program yang berlangsung dari 3.00 petang hingga 4.00 petang ini bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca serta memupuk perkongsian ilmu melalui ulasan buku dalam kalangan warga UiTM Johor.

Seramai 32 orang peserta telah menyertai program ini yang menampilkan lima orang pembentang utama iaitu En. Sujarmo Abd Karim, En. Mohd Shafiq Mohd Danil, Pn. Eny Musa, Pn. Azlina Ab. Mutalib, serta dua orang pelajar latihan industri PTDI Kampus Pasir Gudang, Cik Fatin Nurnabila Mohd Zamzuri dan Cik Nurul Izzatie Akmal Ibrahim.

Setiap pembentang berkongsi ulasan buku pilihan masing-masing yang merangkumi sinopsis, tema utama, serta pandangan peribadi terhadap kandungan buku. Perkongsian ini bukan sahaja memperkenalkan pelbagai genre bahan bacaan, malah turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai sumber bacaan digital yang boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Program ini telah berjaya mewujudkan suasana intelektual yang positif serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan membaca dalam memperkukuh ilmu dan daya fikir staf universiti. PTDI berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemarakkan lagi budaya membaca dan penggunaan sumber digital perpustakaan secara berterusan.

Pautan hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,