Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Program Revolusi Pendidikan: “ExploreRace Kids” Serlah Pembelajaran Interaktif di Perpustakaan Al-Bukhari

Program Revolusi Pendidikan: “ExploreRace Kids” Serlah Pembelajaran Interaktif di Perpustakaan Al-Bukhari

Program Revolusi Pendidikan: “ExploreRace Kids” Serlah Pembelajaran Interaktif di Perpustakaan Al-Bukhari

Maran, 29 Oktober 2025 – Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Bahagian Jaringan Industri dan Alumni (ICAN) hari ini menerima kunjungan khas daripada murid Sekolah Kebangsaan Merapoh, Kuala Lipis melalui penganjuran Program Revolusi Pendidikan: ExploreRace Kids – Discover & Learn.

Seramai 55 orang murid yang terdiri daripada 26 murid prasekolah dan 29 murid Tahun 6, bersama 24 ibu bapa serta 8 guru pengiring, hadir memeriahkan program yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi.

Program ini menggabungkan elemen ilmu dan keinsanian melalui aktiviti bertemakan Palestin yang menekankan nilai empati, solidariti dan keprihatinan. Aktiviti berkonsepkan penerokaan interaktif itu turut mengasah kreativiti murid serta mendorong pembelajaran berasaskan pengalaman.

Selain memberikan pendedahan kepada dunia perpustakaan, program ini berjaya memupuk semangat ingin tahu, kerjasama dan kecintaan terhadap ilmu dalam kalangan peserta cilik.

Penganjuran ini selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 4: Quality Education dan SDG 17: Partnerships for the Goals, sekali gus memperkukuh hubungan strategik antara universiti, sekolah dan komuniti dalam usaha membentuk generasi berpengetahuan dan berakhlak.

Tags: , ,