Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Pengukuhan Proses Kerja dan Pindaan Kualiti Terus Perkukuh Tadbir Perkhidmataan PTDI

Program Pengukuhan Proses Kerja dan Pindaan Kualiti Terus Perkukuh Tadbir Perkhidmataan PTDI

8 Oktober 2025, Segamat – Bagi memperkukuh kefahaman dan keseragaman proses kerja di kalangan warga perpustakaan, Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) telah menganjurkan Program Pengukuhan Proses Kerja dan Pindaan Kualiti bertempat di Pusat IT, PTDI 1, pada 8 Oktober 2025 (Rabu) bermula jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Puan Siti Rozana binti Mat Sanat, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP) serta Cik Nor Azelea binti Mohd Azahar, Pustakawan Kanan.

Program ini bertujuan untuk memantapkan kefahaman staf terhadap proses kerja di bahagian masing-masing, selain memastikan setiap carta alir kerja disemak dan dikemas kini selaras dengan keperluan semasa kualiti serta prosedur UiTM.

Dalam sesi tersebut, Puan Siti Rozana menekankan kepentingan penambahbaikan berterusan dalam sistem kerja dan memberi penjelasan terperinci mengenai carta alir proses bagi memastikan kecekapan serta ketelusan setiap tugas. Seterusnya, Cik Nor Azelea turut berkongsi panduan berkenaan semakan dan pindaan dokumen kualiti supaya pengurusan rekod serta prosedur kerja lebih tersusun, seragam, dan mudah dirujuk.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan berkesan, di samping memberi peluang kepada staf untuk membincang serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam pelaksanaan tugasan harian. Usaha ini sekaligus mencerminkan komitmen PTDI dalam memperkukuh budaya kualiti dan profesionalisme kerja bagi meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan kepada warga kampus.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,