JENGKA, 31 Disember 2025 – Program pembinaan insan telah dilaksanakan pada 29 hingga 31 Disember 2025 bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman mahasiswa terhadap konsep insan melalui proses membuat pilihan dan keputusan moral, di samping menggalakkan pemikiran kritikal dan reflektif dalam menilai nilai-nilai kemanusiaan seperti kejujuran dan tanggungjawab. Program ini juga membantu mahasiswa menyedari peranan diri sebagai insan beretika, bukan sekadar pelajar akademik semata-mata.
Pelaksanaan program melibatkan tiga kaedah utama, iaitu aktiviti fizikal menggunakan kad dilema, pengisian Google Form serta temu bual ringkas bagi mendapatkan maklum balas dan menilai tahap kefahaman peserta.
Program ini dianjurkan oleh pelajar Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)bagi kursus CTU552 dengan kolaborasi rasmi Bersama Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.

