Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Program Knowledge Sharing with Community bersama SMK Bukit Kapar

Β 

πŸ“šβœ¨ Program Knowledge Sharing with Community bersama SMK Bukit Kapar
πŸ“… 03 Julai 2025 | 07 Muharram 1447H
πŸ“ SMK Bukit Kapar

Program separuh hari ini telah melibatkan penyertaan seramai 150 orang pelajar dan 7 orang guru dari SMK Bukit Kapar, dengan pengisian ilmu dan aktiviti yang memberi impak tinggi kepada warga sekolah.

Turut hadir memeriahkan dan menjayakan program ini:
πŸ‘©β€πŸ« Pn Noor Azlin binti Abdullah
πŸ‘©β€πŸ« Pn Nurul Atika binti Harud Din
πŸ‘©β€βš•οΈ Dr Sakinah binti Idris
πŸ‘©β€πŸ’Ό Cik Izzati binti Mohd Bashir
πŸ“š Pn Maizatul Akmal binti Sidik
πŸ“š Pn Nur Fatini Ahmad binti Fazli
πŸ“š Pn Fasihah binti Abdul Wahab
πŸ‘©β€βš•οΈ Cik Che’er Mintong (Pelajar Latihan Industri, Jabatan Psikiatri HASA)
πŸ‘©β€βš•οΈ Cik Ateek Hany binti Mohd Zamri (Pelajar Latihan Industri, Jabatan Psikiatri HASA)

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Hj. Maswi bin Saion, Pengetua SMK Bukit Kapar. Pendekatan ini telah mendapat sambutan yang sangat positif daripada pihak sekolah dan memberi impak bermakna seperti:

πŸ”Ή Memperkukuhkan kesinambungan Vibrant Centre of Learning dalam penyampaian maklumat.
πŸ”Ή Meningkatkan keupayaan pelajar mengenal pasti maklumat serta mengaplikasikannya dengan betul.
πŸ”Ή Membudayakan Cultural Expression melalui perkongsian ilmu dan sesi kesihatan berkaitan Self Love.
πŸ”Ή Meningkatkan kesedaran komuniti terhadap pentingnya literasi maklumat dan kesihatan mental.

πŸ“Œ Dua sesi utama telah dilaksanakan:
🧠 Sesi 1: Literasi Maklumat (Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak)
πŸ’– Sesi 2: Sihat Minda – Self Love (Jabatan Psikiatri, HASA)

Semoga program seumpama ini dapat terus menjadi jambatan ilmu dan kerjasama erat antara Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) dan institusi pendidikan sekitar.

Β 

Tags: ,