SUNGAI PETANI, 12 Januari 2026 – Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan Program Jelajah Ilmu@ Pentadbiran bersama staf UiTM di Lobi Pentadbiran, UiTM Cawangan Kedah.
Program ini merupakan satu inisiatif pembudayaan ilmu dan usaha daripada pihak perpustakaan untuk menyampaikan perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna berfokuskan pemerkasaan literasi maklumat, pendigitalan sumber serta sokongan penyelidikan universiti.
- The Knowledge Exploration Program strengthened awareness of library services among UiTM administrative staff.
- The program promoted information literacy, digital resources, and research support through interactive activities.
- This initiative reflected PSB’s commitment to cultivating a proactive knowledge culture within the university community.
Pelaksanaan program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dirangka sebagai satu medium pendedahan dan hebahan ilmu yang komprehensif berkaitan perkhidmatan perpustakaan bagi meningkatkan kesedaran warga UiTM Cawangan Kedah terhadap kepentingan peranan perpustakaan sebagai rakan strategik dalam pembelajaran dan penyelidikan. Melalui pengisian yang berfokuskan sokongan akademik, sumber digital serta perkhidmatan berteraskan teknologi, program ini selari dengan aspirasi UiTM untuk membudayakan penggunaan ilmu secara berkesan, inovatif dan berimpak tinggi.
Perkongsian ilmu melalui sesi taklimat, pameran poster, reruai arkib universiti dan bahan-bahan rujukan berkaitan merupakan pengisian yang berjaya menarik perhatian staf ditambah dengan cabaran kuiz menguji pengetahuan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan dengan satu hadiah menarik. Sambutan positif ini memberikan manfaat serta peluang mendapatkan bimbingan secara langsung kepada pelbagai perkhidmatan perpustakaan seperti tatacara pengaksesan dan penggunaan sumber rujukan universiti yang boleh diperoleh melalui sistem PERMATA, serta memperkaya koleksi MyReading di PERMATA – MyAccount masing-masing, tatacara pencarian maklumat, konsultasi penyelidikan dan sistem eKKM untuk tempahan kelas literasi maklumat.
Kejayaan pelaksanaan inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan Perpustakaan UiTM dalam memperkasa budaya ilmu diperingkat universiti.

