Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Program Budaya Ilmu: Jelajah Ilmu Siri 1/2026

Sungai Petani, 18 Januari 2026 – Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan Program Jelajah Ilmu @ PSB bersama pelajar dan staf UiTM di Lobi Perpustakaan Sultan Badlishah.

Program ini merupakan satu inisiatif pembudayaan ilmu dan usaha daripada pihak perpustakaan untuk menyampaikan perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna berfokuskan pemerkasaan literasi maklumat, pendigitalan sumber serta sokongan penyelidikan universiti.

Pelaksanaan program yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang ini dirangka sebagai satu medium pendedahan dan hebahan ilmu yang komprehensif berkaitan perkhidmatan perpustakaan bagi meningkatkan kesedaran warga UiTM Cawangan Kedah terhadap kepentingan peranan perpustakaan sebagai rakan strategik dalam pembelajaran dan penyelidikan. Melalui pengisian yang berfokuskan sokongan akademik, sumber digital serta perkhidmatan berteraskan teknologi, program ini selari dengan aspirasi UiTM untuk membudayakan penggunaan ilmu secara berkesan, inovatif dan berimpak tinggi.

Perkongsian ilmu melalui sesi taklimat, pameran poster, reruai arkib universiti dan bahan-bahan rujukan berkaitan merupakan pengisian yang berjaya menarik perhatian pelajar dan staf ditambah dengan cabaran kuiz menguji pengetahuan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan dengan satu hadiah menarik. Sambutan positif ini memberikan memanfaatkan peluang mendapatkan bimbingan secara langsung kepada pelbagai perkhidmatan perpustakaan seperti pengaksesan kepada sistem pencarian bahan arkib di Online Finding Archive (OFA), tatacara pengaksesan dan penggunaan sumber rujukan universiti yang boleh diperoleh melalui sistem PERMATA, serta memperkaya koleksi MyReading di PERMATA – MyAccount masing-masing, tatacara pencarian maklumat, konsultasi penyelidikan dan sistem ekkm untuk tempahan kelas literasi maklumat.

Kejayaan pelaksanaan inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan Perpustakaan UiTM dalam memperkasa budaya ilmu diperingkat universiti.


 

Tags: ,