Seremban, 10 September 2025 - Telah berlangsung Program Kolaborasi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan bersama Pejabat Pendidikan Daerah Seremban bagi penganjuran Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Daerah Seremban 2025.
Program kolaborasi ini diharapkan dapat memberikan impak yang besar dalam memperkasakan peranan perpustakaan sebagai hab maklumat strategik di peringkat komuniti.
Dengan penganjuran program ini, perpustakaan terus memainkan peranan penting dalam membudayakan ilmu serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat, seiring dengan aspirasi universiti untuk mencapai kecemerlangan global dan meningkatkan penglibatan bersama komuniti tempatan.
