Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Perkasa Kepimpinan Seawal Usia: Kem Pemimpin Muda 2.0 Cetus Potensi Murid

JENGKA, 10 Februari 2026 (Selasa) – Perpustakaan Al-Bukhari dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Jengka 20 telah melaksanakan Program Kem Perkasa Pemimpin Muda 2.0 2026 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Sekolah Kebangsaan Jengka 20.

Program ini merupakan satu inisiatif berstruktur yang dirangka khusus bagi memperkasa pembangunan kepimpinan awal dan pemikiran kritis dalam kalangan murid sekolah rendah. Seramai 54 orang murid telah menyertai program ini dengan bimbingan 14 orang fasilitator daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang yang diketuai oleh Ketua Fasilitator, Puan Nurfarawahidah Badruesham.

Sepanjang pelaksanaan program, para peserta telah melalui enam checkpoint pembelajaran utama iaitu Team Formation & Misi Telaah, Smart Typers, Nature Detectives, Misi Pasukan Juara, Typing Race dan Digital Word Hunt. Kesemua aktiviti ini dirancang secara berperingkat bagi memperkukuh kemahiran kepimpinan, komunikasi dan kerjasama berkumpulan, di samping meningkatkan literasi maklumat serta keupayaan berfikir secara kritis dan kreatif.

Selain itu, murid turut diberi pendedahan kepada pembelajaran digital melalui penggunaan teknologi asas dan aktiviti interaktif berasaskan ICT, selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21.

Penganjuran program ini juga berperanan sebagai platform strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara Perpustakaan Al-Bukhari dan SK Jengka 20, seiring dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4: Quality Education dan SDG 17: Partnerships for the Goals. Inisiatif ini menyokong usaha berterusan dalam pembangunan modal insan serta pembudayaan ilmu di peringkat sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam memastikan kelancaran serta kejayaan pelaksanaan program ini.

Tags: ,