Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Perbincangan Awal Bersama SMK Puncak Alam 3 Bagi Pelaksanaan Program Pembudayaan Ilmu, Jalinan Komuniti & Literasi Kesihatan HASA

Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) melalui Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR) telah mengadakan perbincangan awal bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam 3 bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Program Pembudayaan Ilmu, Jalinan Komuniti dan Literasi Kesihatan. Perbincangan tersebut telah berlangsung pada 28 Januari 2026 (Rabu), jam 11.45 pagi, bertempat di Pusat Sumber Sekolah, SMK Puncak Alam 3.

Sesi perbincangan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama strategik antara pihak HASA dan pihak sekolah dalam usaha memupuk budaya ilmu, memperkukuh jalinan komuniti serta meningkatkan tahap literasi kesihatan dalam kalangan warga sekolah.

Perbincangan ini telah dihadiri oleh wakil PPTAR HASA yang diketuai oleh Puan Noor Azlin Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP) bersama beberapa orang kakitangan iaitu Puan Fasihah Abdul Wahab, Puan Maizatul Akmal Sidik, Puan Nur Ira Wahidah Nasir dan Cik Nur Athirah Mohamad Sokhi. Pihak sekolah pula diwakili oleh Puan Suryana Kamalrudin, Guru Perpustakaan dan Multimedia, SMK Puncak Alam 3.

Melalui perbincangan ini, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan berkaitan skop program, bentuk aktiviti yang berpotensi dilaksanakan serta peranan masing-masing sekiranya program ini direalisasikan pada masa akan datang. Pihak HASA berharap kerjasama yang dicadangkan ini dapat memberi manfaat bersama serta menyokong usaha pembudayaan ilmu dan kesedaran kesihatan di peringkat komuniti sekolah.

 

Tags: ,