Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Sekitar Majlis Perasmian Bazar Buku Antarabangsa Johor

Pasir Gudang, 2 Ogos 2025 – Majlis Perasmian Bazar Buku Antarabangsa Johor 2025 yang berlangsung dengan penuh meriah di Paradigm Mall Johor Bahru telah mencuri tumpuan pengunjung dan pencinta buku dari dalam dan luar negara. Acara yang berlangsung pada 2 Ogos 2025 dengan bertemakan “Membaca Merentasi Sempadan” ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, menandakan pembukaan rasmi program yang dijadualkan berlangsung bermula 31 Julai 2025 hingga 4 Ogos 2025.

Majlis perasmian turut menyaksikan penglibatan aktif para staf daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan tinggi, penerbit, serta organisasi berkaitan industri buku dan pembacaan. Perpustakaan Tun Dr. Ismail yang diwakili oleh Encik Idris Muhammad, Timbalan Ketua Pustakawan (KUP)(M), PTDI Kampus Pasir Gudang dan Encik Ahmad Akmal Mohd Idris, Pustakawan Kanan, PTDI Kampus Segamat merupakan antara yang menyaksikan majlis perasmian tersebut berlangsung.
 
Majlis perasmian ini turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan pelancaran buku terbaharu oleh penulis tempatan.
 
Dengan kehadiran ribuan pengunjung dan sokongan padu daripada pelbagai pihak, Bazar Buku Antarabangsa Johor 2025 dijangka menjadi antara acara literasi terbesar di rantau ini tahun ini.
 
Tags: ,