Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Penilaian Zon Eksa Terbaik UiTM Cawangan Selangor PTAR Kampus Puncak Alam

ππ„ππˆπ‹π€πˆπ€π π™πŽπ π„πŠπ’π€ π“π„π‘ππ€πˆπŠ π”π’π“πŒ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘
𝐏𝐓𝐀𝐑 πŠπ€πŒππ”π’ ππ”ππ‚π€πŠ π€π‹π€πŒ

28 November 2025 | 7 Jamadilakhir 1447H – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah menerima kunjungan panel juri bagi Penilaian Zon EKSA Terbaik UiTM Cawangan Selangor pada jam 9.00 pagi.

Panel Juri Penilai:

  1. Puan Siti Aishah Sadan, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)

  2. Encik Mohd Alfarabie Mohd Nasir, Pustakawan Kanan

Sesi penilaian dimulakan dengan taklimat ringkas pelaksanaan EKSA di PTAR yang disampaikan oleh Encik Hazrul Amir Tomyang (Pustakawan Kanan), sebelum diteruskan dengan lawatan menyeluruh ke zon-zon terlibat. Penilaian merangkumi aspek kebersihan, kekemasan, keselamatan, kreativiti pengurusan ruang, dokumentasi serta inovasi amalan EKSA yang telah diwujudkan oleh warga PTAR.

PTAR Kampus Puncak Alam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada panel penilai atas kunjungan, tunjuk ajar serta maklum balas yang diberikan. Segala pandangan tersebut amat bermakna dalam memperkukuh usaha PTAR mengekalkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan berkualiti, sejajar dengan prinsip EKSA.

Sekian.

Tags: ,