Library News

Penglibatan Warga PTDI dalam Program Intelligent World 2035

SEGAMAT, 27 Oktober 2025 – Warga Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) telah turut serta dalam Program Intelligent World 2035 yang berlangsung di Dewan Sri Temenggong, UiTM Cawangan Johor, bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Program berimpak tinggi ini merupakan anjuran UiTM Cawangan Johor dengan kerjasama Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Pejabat Parlimen Sekijang.

Seramai 400 pelajar UiTM serta 200 pelajar sekolah sekitar daerah Segamat telah menyertai program ini yang menumpukan kepada pembangunan kemahiran digital dan kesiapsiagaan menghadapi dunia teknologi masa hadapan.

Program ini juga merupakan hasil kerjasama UiTM Cawangan Johor, dengan Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) serta Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) bertindak sebagai peneraju utama pelaksanaannya. Inisiatif ini menyokong pencapaian Petunjuk Prestasi (PI8) universiti, iaitu memperkukuh penglibatan kolaborasi bersama komuniti.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merangkap Ahli Parlimen Sekijang. Dalam ucapan beliau, YB Datuk Seri menekankan kepentingan penguasaan kemahiran digital dalam melahirkan modal insan berdaya saing dan seiring dengan transformasi teknologi global.

Penglibatan warga PTDI dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan terhadap agenda universiti dalam memperkukuh literasi digital, inovasi teknologi, dan pembelajaran sepanjang hayat. Program ini turut membuka ruang kolaborasi strategik antara universiti, industri dan komuniti setempat ke arah merealisasikan aspirasi Intelligent World 2035.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,