9 Februari 2026 | 21 Sya‘ban 1447H
Seramai 24 orang staf baharu telah menyertai Taklimat Pengurusan Perkhidmatan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR) sempena Program Induksi Staf Baharu Siri 1/2026 yang telah diadakan pada 4 Februari 2026 bertempat di Auditorium 1, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA).
Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Noor Azlin binti Abdullah, Ketua Perpustakaan PPTAR, dengan dibantu oleh Puan Fasihah Abdul Wahab, Pembantu Tadbir. Sesi ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada staf baharu berkaitan peranan, fungsi serta perkhidmatan perpustakaan UiTM sebagai sokongan utama kepada keperluan akademik dan profesional.
Antara pengisian utama yang dikongsikan dalam sesi taklimat ini merangkumi:
• Pengurusan Perpustakaan PTAR HASA
• Portal Perpustakaan UiTM dan PERMATA MobileApp
• Dasar dan Peraturan Perpustakaan
• Sumber Maklumat Fizikal dan Atas Talian
• UiTM e-Lib, eBook, UiTM Institutional Repository dan Electronic Question Paper System
• Kelas Literasi Maklumat dan Bacaan Pantas
Taklimat ini diharap dapat membantu staf baharu memanfaatkan kemudahan serta perkhidmatan perpustakaan secara optimum, seterusnya menyokong keperluan kerja, pembelajaran dan pembangunan profesional sepanjang perkhidmatan di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM.

