10 September 2025 | 17 Rabiul Awal 1447 H
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah telah menganjurkan Sesi Pembentangan Pelajar Latihan Industri bertempat di Bilik Perbincangan 3, PPTAR.
Program ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua PPTAR HASA sebelum diteruskan dengan pembentangan oleh pelajar latihan industri, iaitu Muhammad Faiq bin Rohaizan ,Hannah Sorfina Maizul Jazmi, Muhammad Danish Wafri bin Tajul ’Ashikin, Nur Shawani binti Suhaimi.
Sepanjang sesi, para pelajar melaporkan pengalaman, tugasan serta aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh latihan industri di perpustakaan. Sesi turut disertakan dengan soal jawab dan maklum balas daripada warga perpustakaan sebagai ruang penambahbaikan.
Pihak PPTAR merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan pengalaman yang diperoleh menjadi platform berharga dalam memperkukuh kemahiran, menambah pengetahuan dan meningkatkan keyakinan pelajar.

