Satu lagi inisiatif bermakna telah direalisasikan melalui penempatan mini library di Lobi Anjung Zam-Zam, Hospital Al-Sultan Abdullah. Inisiatif ini merupakan langkah murni dalam menyediakan ruang bacaan santai kepada pesakit, pelawat serta warga hospital, sekali gus memperkasakan budaya membaca dalam persekitaran yang lebih kondusif.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh YBhg. Datin Noor Asyikin Md. Nor,Timbalan Pengarah (Pengurusan), dengan sokongan daripada Puan Noor Azlin Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), yang turut memainkan peranan penting dalam menjayakan inisiatif ini.
Majlis penyerahan turut disaksikan oleh Puan Noraida Mohd Yusof, Ketua Unit Governan serta Encik Mohd Hafidz Satar @ Ab Sabri dari Jabatan Komunikasi Korporat.
Penghargaan juga dizahirkan kepada staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PPTAR) yang terlibat secara langsung, iaitu:
Puan Nur Ira Wahidah Nasir,
Puan Fasihah Abdul Wahab,
Puan Nur Fatini Ahmad Fazli,
Puan Maizatul Akmal Sidik,
dan Cik Nur Athirah Binti Mohamad Sokhi.
Semoga kewujudan sudut bacaan ini menjadi ruang santai yang bermanfaat, menyumbang kepada kesejahteraan minda serta menyemai minat membaca dalam kalangan semua.

