Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Libat Urus Rekod & Arkib HASA: Memperkukuh Tadbir Urus Dan Amalan Cemerlang!

10 November 2025 | 19 Jamadilawal 1447H

Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod & Arkib telah diadakan di Makmal Komputer, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA).

Sesi ini dilaksanakan di bawah tadbir urus Timbalan Pengarah (Pengurusan), Hospital Al-Sultan Abdullah dan melibatkan penyertaan daripada bahagian-bahagian strategik iaitu Bahagian Pentadbiran, Governan dan Integriti, Pengurusan Sumber Manusia, Pembangunan Sumber Manusia, Unit Spiritualiti serta Perkhidmatan Eksekutif.

Perkongsian maklumat telah disampaikan oleh Puan Noor Azlin binti Abdullah, Ketua Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA serta dibantu oleh Puan Maizatul Akmal Sidik, Pembantu Tadbir (Perpustakaan).

Pengisian sesi ini meliputi penerangan mengenai pengenalan rekod dan arkib serta pendedahan berkaitan pelaksanaan dan tanggungjawab Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ). Sesi ini bertujuan memperkukuh kefahaman dan pelaksanaan amalan terbaik dalam pengurusan rekod dan arkib, selaras dengan dasar serta garis panduan UiTM dan Arkib Negara Malaysia.

Pihak Perpustakaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua bahagian yang terlibat atas komitmen dan sokongan padu. Diharapkan inisiatif ini dapat memperkasakan lagi pengurusan rekod yang sistematik, efisien dan berintegriti di Hospital Al-Sultan Abdullah.

Tags: ,