Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan Dari SMK(P) Kapar Ke Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan

Shah Alam- Pada tarikh 9 Oktober 2025, Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah menerima kunjungan lawatan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (perempuan ) Kapar .

Lawatan ini disertai oleh 40 orang pelajar perempuan dan diiringi oleh guru dan Majlis Perwakilan Pelajar . Lawatan ini disambut mesra oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Norhamimi Othman dan staf perpustakaan Kejuruteraan.

Tujuan lawatan ke Perpustakaan Kejuruteraan ini adalah untuk memberikan pendedahan yang lebih menyeluruh kepada para pelajar dan peserta mengenai peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu, penyelidikan dan rujukan utama di universiti. Lawatan ini juga bertujuan memperkenalkan kemudahan, perkhidmatan digital, serta sumber maklumat yang disediakan bagi menyokong aktiviti akademik dan pembelajaran sepanjang hayat. Melalui lawatan ini, para peserta dapat memahami dengan lebih mendalam tentang fungsi perpustakaan dalam membantu pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran mencari maklumat, dan penguasaan teknologi maklumat dalam dunia pendidikan masa kini.

 

Tags: ,