PTAR Alam Bina telah menerima kunjungan panel auditor daripada Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers (BOVAEP) pada Selasa, 21 Januari 2026.
Kunjungan ini adalah sempena proses akreditasi bagi program Pengurusan Hartanah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, yang melibatkan penilaian terhadap kemudahan, koleksi dan perkhidmatan perpustakaan sebagai sokongan kepada keperluan akademik dan profesional bidang tersebut.


