SEREMBAN, 10 Mac 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban telah menerima kunjungan Ketua Pustakawan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA, YBrs. Ts. Haji Azizi Bin Haji Jantan.
Warga PTAR Kampus Seremban amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan memberi peluang kepada warga PTAR mendengar pelbagai perkongsian ilmu, pengalaman serta pandangan yang sangat bermakna daripada beliau.
Perkongsian yang disampaikan bukan sahaja membuka perspektif baharu, malah turut memberi inspirasi dan motivasi kepada para staf dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan.
Semoga lawatan ini menjadi pemangkin semangat kepada semua staf untuk terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang, inovatif dan mesra pengguna selaras dengan visi dan misi UiTM.
Terima kasih di atas kesudian YBrs. Ts. Haji Azizi Bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA atas kunjungan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Kampus Seremban.
