REMBAU, 8 Ogos 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah menerima kunjungan YBrs. Ts. Haji Azizi Bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan PUiTM ke PTAR Kampus Rembau. Lawatan ringkas ini merupakan singgahan beliau sebelum meneruskan perjalanan ke program bersama YBhg. Datuk Naib Canselor UiTM di Daerah Segamat.
Terima kasih diatas kesudian YBrs. Ts. Haji Azizi Bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan PUiTM atas kunjungan ke PTAR Kampus Rembau. Warga PTAR Kampus Rembau berbesar hati menerima kunjungan ini dan berpeluang berkongsi perkembangan serta inisiatif semasa perpustakaan kampus. Semoga kehadiran Tuan KP dapat memberi semangat kerja yang cemerlang kepada warga kerja di PTAR Rembau seterusnya PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan efisien kepada warganya.
