Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

PTDI Sambut Lawatan Penanda Aras EKSA oleh Fakulti Kujuruteraan Mekanikal

Pasir Gudang, 09 September 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang berbesar hati menerima kunjungan daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal pada 9 September 2025 dalam rangka program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai pelaksanaan EKSA di PTDI yang menekankan kepada pengurusan persekitaran kerja yang lebih kondusif, sistematik, bersih dan mesra pelanggan. Inisiatif ini seiring dengan usaha UiTM untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan serta mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan produktif dalam kalangan warga kampus.
 
Sepanjang lawatan, delegasi daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah dibawa meninjau ruang-ruang di perpustakaan termasuk kawasan bacaan, sudut informasi, serta ruang kerja staf yang mengaplikasikan amalan EKSA. Pihak PTDI turut berkongsi pengalaman serta strategi yang digunakan dalam menjayakan pelaksanaan EKSA, termasuk aspek kebersihan, susun atur dokumen, serta pengurusan persekitaran hijau.
 
Tags: ,