Library News

Lawatan Akademik Universitas Syiah Kuala Banda Aceh

Sungai Buloh, 3 November 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Kampus Sungai Buloh telah menerima kunjungan daripada Universitas Syiah Kuala Banda Aceh, Indonesia, dalam satu sesi lawatan akademik yang berlangsung pada jam 3.30 petang hingga 4.30 petang.

Ketibaan rombongan seramai 19 orang pelajar Fakulti Pergigian Universitas Syiah Kuala Banda Aceh telah disambut mesra oleh Encik Shahrani bin Abdul Manaf, Ketua Perpustakaan UiTM Kampus Sungai Buloh. Turut hadir mengiringi rombongan ialah Dr. Norhasnida Nordin, Pengetua Kolej Kediaman Kampus Sungai Buloh, bersama beberapa orang wakil Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Kampus Sungai Buloh dan Selayang.

Lawatan ini diadakan sempena program timbal balik “JPK Global Outreach: USK Aceh Visit”, yang bertujuan memperkukuh jaringan kolaborasi antarabangsa serta memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peranan dan perkhidmatan perpustakaan dalam menyokong aktiviti pembelajaran dan penyelidikan universiti.