Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

LAWATAN AKADEMIK PERSATUAN TINGKATAN ENAM SMK BADRUL ALAM SHAH KE PTAR ALAM BINA

Shah Alam, 22 Ogos 2025 – PTAR Alam Bina, UiTM Shah Alam telah menerima kunjungan daripada Persatuan Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Kemasek, Kemaman, Terengganu. Seramai 60 orang pelajar bersama 8 orang guru pengiring telah hadir dalam lawatan ini yang merupakan sebahagian daripada program lawatan akademik ke Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemudahan dan sumber rujukan yang terdapat di PTAR Alam Bina, selain menambah pengetahuan berhubung bidang akademik dan persekitaran pembelajaran di universiti. Di akhir lawatan, pelajar berpeluang menyertai aktiviti Book Hunt yang dianjurkan oleh PTAR Alam Bina bertemakan ”Terengganu : Senibina dan Budaya”.

 

Tags: ,