Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Kursus Pengurusan Rekod HASA Diteruskan dengan Fokus kepada Pewujudan dan Pelupusan Fail

13 November 2025 | 22 Jamadilawal 1447H

Kursus Pengurusan Rekod anjuran Seksyen Pengurusan Arkib, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) diteruskan ke hari kedua dengan pengisian yang lebih mendalam berkaitan tatacara dan pematuhan dalam pengurusan rekod jabatan.

Kursus yang dijalankan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia ini menghimpunkan Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) dari pelbagai unit di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) bagi memperkukuh kefahaman dan pelaksanaan pengurusan rekod yang selaras dengan piawaian nasional.

Sesi pada hari kedua telah dikendalikan oleh Puan Nur Rohaizah binti Norizan, wakil daripada Arkib Negara Malaysia, yang berkongsi ilmu dan pengalaman luas dalam bidang pemeliharaan serta pengurusan rekod awam.

Antara topik penting yang dibincangkan dalam sesi ini termasuk:

⦁  Pewujudan, Penawanan dan Penutupan Fail – menekankan prosedur pengurusan fail dari peringkat awal hingga akhir kitar hayatnya.
⦁  Penggunaan dan Penyelenggaraan Rekod – memberi panduan tentang tanggungjawab penjagaan, keselamatan serta akses terhadap rekod rasmi jabatan.
⦁  Pelupusan Rekod Awam – menerangkan proses pelupusan rekod mengikut peraturan Arkib Negara Malaysia bagi memastikan pematuhan undang-undang dan kecekapan ruang simpanan.

Melalui sesi interaktif dan perkongsian kes sebenar, peserta diberikan pendedahan praktikal untuk menguruskan rekod jabatan dengan lebih sistematik, berintegriti dan berimpak terhadap operasi organisasi.

Kursus dua hari ini diharap dapat memperkukuh keupayaan staf HASA dalam melaksanakan pengurusan rekod yang cekap, sejajar dengan keperluan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] serta amalan tadbir urus baik UiTM.

Tags: ,