SHAH ALAM, 21 Ogos – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menerima kunjungan Profesor Dr. Chung Yen Kuo dari National Cheng Kung University (NCKU), Taiwan, Republic of China, bersempena lawatan akademik beliau sebagai pemeriksa luar bagi Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik, Fakulti Alam Bina UiTM.
- PTAR UiTM Shah Alam terima kunjungan Profesor Dr. Chung Yen Kuo dari NCKU, Taiwan.
- Lawatan merangkumi PTAR, Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) & Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ).
- Eratkan hubungan akademik antarabangsa & tonjolkan warisan ilmu serta budaya UiTM.
Sebagai sebahagian daripada program lawatan, Profesor Dr. Chung telah dibawa meninjau beberapa lokasi penting di UiTM termasuk Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) serta Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ).
Turut hadir mengiringi sesi lawatan ini ialah Puan Aznur Umiza Abu Kassim (Pengarah Bahagian Pengurusan Perpustakaan), Puan Hanani Rojikin (Pustakawan Kanan, PTAR Alam Bina), Sr. Dr. Lau Chong Luh (Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik), Sr. Raiz Razali (Pensyarah, Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik), serta Encik Irwan Mohd Zamri (Pembantu Juruukur).
Lawatan ini bertujuan memperkenalkan kemudahan pembelajaran, sejarah institusi serta khazanah seni dan budaya yang terdapat di UiTM. PTAR amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada program ini dalam usaha memperkukuh peranan universiti sebagai pusat kecemerlangan akademik dan warisan ilmu.
