2๐ ๐ e๐r๐ฎa๐ซi 2๐2๐ | ๐ ๐a๐ฆa๐a๐ง ๐4๐7๐
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), telah mengadakan kunjungan hormat bersama pengurusan tertinggi hospital pada 24 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah, Aras 10, HASA.
Halatuju diperjelaskan dengan keseimbangan pemetaan hasil Amanat Tuan Ketua Pustakawan, Naib Canselor serta Menteri Pendidikan Tinggi. Justeru, pihak perpustakaan telah mengangkat 9 fokus utama bagi membantu warga HASA dan komuniti, dalam memastikan perpustakaan kekal sebagai ๐ฝ๐๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐ช๐๐๐ฉ๐๐ ๐ค๐ ๐ณ๐๐๐ง๐๐๐๐ serta relevan dengan keperluan semasa.
Cadangan serta ๐ง๐๐๐
๐ข๐๐ฅ PPTAR HASA turut dikongsikan bagi meningkatkan kualiti penyampaian maklumat dan perkhidmatan secara lebih strategik dan berimpak tinggi.
Sesi ini telah disempurnakan bersama barisan pengurusan tertinggi hospital iaitu:
* Profeso๐ซ Dr. Ahmad Izuanudin Ismail, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) yang menjalankan tugas Pengarah
* Dr. Shah Jumaat Mohd Yussof, Timbalan Pengarah Klinikal (Pembedahan)
* Datoโ Dr. Khalid Ibrahim, Timbalan Pengarah Profesional & Operasi
* Datin Noor Asyikin Md. Nor K.B.; P.A. CHRM, Timbalan Pengarah (Pengurusan)
* Puan Mazuina Samsuri, Timbalan Pengarah Kewangan
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noor Azlin Abdullah, Timbalan Ketua Pustakaw๐n (M) (KUP), dengan sokongan pasukan yang terdiri daripada Puan Fasihah Abdul Wahab, Puan Nur Ira Wahidah, Puan Maizatul Akmal dan Cik Nur Syakirah.
Syukur, pelbagai input serta cadangan penambahbaikan telah dibincangkan dan diterima dengan maklumbalas yang amat memberangsangkan. Pihak pengurusan juga memandang tinggi inisiatif perpustakaan dalam memperkasa budaya ilmu bukan sahaja dalam organisasi, malah melibatkan komuniti setempat. Perluasan keahlian luar perpustakaan turut diberi perhatian.
Turut dibincangkan peranan perpustakaan dalam meningkatkan ketampakan HASA dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), termasuk sumbangan kepada pengekalan kedudukan UiTM di peringkat dunia #34 dan #1 di Malaysia. Maklumbalas positif turut diberikan berkenaan penyerahan bahan harta intelek serta pengukuhan ๐๐ฃ๐๐ฉ๐๐ฉ๐๐ฉ๐๐ค๐๐๐ ๐๐๐๐ค๐๐๐๐ค๐๐ฎ.
Semoga sinergi strategik ini terus memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan, penyelidikan dan kesejahteraan komuniti.
ย

