Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor Sesi
2025/2026 ke Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Puncak Alam
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Puncak Alam telah menerima kunjungan
hormat daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2025/2026 pada Khamis 8 Januari
2026 bertempat di PTAR Kampus Puncak Alam. Kunjungan ini telah dihadiri oleh Staf
Seksyen Perkhidmatan Pelanggan PTAR KPA Encik Hazrul Amir Tomyang (Pustakawan
Kanan) dan Encik Mohd Ekhwan Mohammad (Pembantu Pustakawan Tertinggi) serta wakil
MPP UCS, iaitu Saudara Mohamad Denial Hakimi bin Abdul Shokry (Bendahari Kehormat)
dan Saudari Nurashikin binti Mohamad Husain (Exco Akademik dan Kerjaya) bagi sesi
2025/2026.
Kunjungan hormat ini mejadi platform pertukaran idea dan pandangan antara pihak
Perpustakaan dan MPP UCS, khususnya berkaitan keperluan terkini mahasiswa dalam
menyokong aktiviti pembelajaran, pengajaran serta penggunaan perkhidmatan dan
kemudahan perpustakaan. Pelbagai cadangan dan maklum balas telah dikemukakan oleh
pihak MPP bagi penambahbaikan perkhidmatan PTAR agar lebih selari dengan keperluan
semasa mahasiswa.
Diharapkan kunjungan hormat ini dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik
antara Perpustakaan dan Majlis Perwakilan Pelajar serta menjadi pemangkin kepada
pelaksanaan inisiatif bersama yang memberi manfaat berterusan kepada warga universiti,
khususnya mahasiswa UiTM Kampus Puncak Alam.



