Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Kolaborasi Strategik Bersama Komuniti Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam 3

30 Julai 2025 | 05 Safar 1447H (Rabu)

KOLABORASI STRATEGIK BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 3

Perbincangan rasmi antara Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam 3 telah berlangsung dengan jayanya.

📄 Sesi ini turut diisi dengan persetujuan melalui tandatangan Borang Setuju Terima Kolaborasi, menandakan komitmen kedua-dua pihak dalam pelaksanaan program Pembudayaan Ilmu secara berterusan.

Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk:
🔹 Perancangan program kolaborasi akan datang
🔹 Projek khas berfokus kepada pelajar sekolah
🔹 Pemerkasaan komuniti sekolah melalui penciptaan pengetahuan baharu dan akses kepada sumber maklumat
🔹Penglibatan Perpustakaan & HASa bersama komuniti sekolah melalui aktiviti STEM, PJSK serta pelajar PPKI.

Kehadiran pihak Sekolah:
1.Puan Maslina Mohamad Arif
2.Puan Suryana Kamarudin
3.Puan Solehah Md Hata

Kehadiran pihak Perpustakaan Perubatan
1.Puan Noor Azlin Abdullah
2.Puan Nurul Atika Harud Din
3.Puan Fasihah Ab Wahab
4.Puan Maizatul Akmal Sidik
5.Puan Nur Ira Wahidah Nasir

Terima kasih kepada pihak pentadbir dan warga SMK Puncak Alam 3 atas keterbukaan dan sokongan yang diberikan. Semoga kerjasama ini dapat melahirkan generasi celik ilmu dan berdaya saing.

Tags: , ,