Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

KIK AKAR UiTM Johor Cermerlang di Anugerah Konvensyen Zon Selatan 2025

KIK AKAR UiTM Johor Cermerlang di Anugerah Konvensyen Zon Selatan 2025

Segamat, 1 Oktober 2025 – Bertempat di Sri Bendahara, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat, telah berlangsung Sesi Penerimaan Cenderahati sempena Anugerah Konvensyen KIK UiTM Zon Selatan Tahun 2025, anjuran UiTM Cawangan Melaka selaku tuan rumah zon berkenaan.

Dalam sesi tersebut, Kumpulan KIK AKAR dari UiTM Cawangan Johor telah menerima dua pengiktirafan berprestij iaitu Anugerah KIK Primer Terbaik Inovasi Sosial dan Anugerah Penarafan Emas. Pengiktirafan ini merupakan tanda penghargaan daripada pihak penganjur terhadap kecemerlangan pasukan yang berjaya menonjol melalui projek inovatif berimpak sosial tinggi.

Kejayaan Kumpulan KIK AKAR ini menjadi bukti nyata terhadap usaha berterusan UiTM Cawangan Johor dalam memperkukuh budaya inovasi, kreativiti, dan penambahbaikan berterusan dalam kalangan warganya. Penerimaan anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf dedikasi dan komitmen pasukan, tetapi turut mengangkat nama universiti sebagai institusi yang terus melahirkan idea baharu untuk kemajuan komuniti dan organisasi.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,