Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Kem Perkasa Pemimpin Muda 2025 Latih Pelajar SK Jengka 20 Jadi Pemimpin Berilmu dan Berakhlak

Kem Perkasa Pemimpin Muda 2025 Latih Pelajar SK Jengka 20 Jadi Pemimpin Berilmu dan Berakhlak

Kem Perkasa Pemimpin Muda 2025 Latih Pelajar SK Jengka 20 Jadi Pemimpin Berilmu dan Berakhlak

JENGKA, 30 Oktober 2025 – Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah menjayakan Program Kem Perkasa Pemimpin Muda 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Jengka 20, dengan penglibatan seramai 54 pelajar yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas prasekolah.

Program separuh hari ini yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertujuan memupuk nilai kepimpinan, semangat kerjasama dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar. Pelbagai aktiviti interaktif dijalankan sepanjang kem, termasuk sesi ice-breaking, latihan komunikasi berpasukan, dan aktiviti nilai Madani.

Program ini diharap dapat menjadi platform untuk mencungkil potensi kepimpinan dalam diri pelajar dan membentuk pemimpin muda yang berilmu, berakhlak serta mampu memimpin dengan penuh integriti dan kasih sayang.

Selain itu, program ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari, SDG 4: Quality Education dan SDG 17: Partnerships for the Goals, serta memperkukuh hubungan antara universiti, sekolah, dan komuniti dalam usaha membentuk generasi muda yang berilmu dan berakhlak.

Perpustakaan Al-Bukhari berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha melahirkan pemimpin muda yang kompeten dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan holistik di Malaysia.

Tags: , ,