PTAR Alam Bina telah melaksanakan Kelas Literasi Maklumat dengan penyertaan seramai 20 orang pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Taman dan Ameniti, Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam. Kelas literasi yang berlangsung pada 12 November 2025 ini dikendalikan oleh Puan Hanani Binti Rojikin, Ketua Perpustakaan Fakulti, PTAR Alam Bina. Kelas ini memfokuskan bimbingan dan latihan secara langsung kepada pelajar di dalam usaha menguasai kemahiran teknikal menulis penyelidikan dengan mudah menggunakan perisian Microsoft Word. Dengan adanya komunikasi serta bimbingan secara 2 hala ini, adalah diharapkan warga pelajar dapat menguasai ilmu yang telah dikongsikan dan dapat mempraktikkan penggunaan aplikasi teknologi yang memberi manfaat kepada pelajar. Program ini merupakan inisiatif berterusan PTAR Alam Bina dalam menyemai aktiviti budaya ilmu di kampus dan menyokong kecemerlangan penyelidikan dalam kalangan pelajar Fakulti Alam Bina.
#PTARAlamBina #LiterasiMaklumat #BudayaIlmuDigital #PengurusanHartaTanah #Mendeley #ResearchSkills

