Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Kelas Literasi Maklumat @PTAR Alam Bina “Celik Digital, Subur Budaya Ilmu” Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Alam Bina telah melaksanakan Kelas Literasi Maklumat  dengan penyertaan seramai 20 orang pelajar semester 4 dari program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Taman dan Ameniti, Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam.

Kelas literasi yang berlangsung pada 5 November 2025  ini dikendalikan oleh Puan Hanani Binti Rojikin, Ketua Perpustakaan Fakulti, PTAR Alam Bina. Kelas ini memfokuskan bimbingan secara langsung kepada pelajar di dalam usaha menguasai kemahiran mengakses maklumat digital berkualiti menggunakan sepenuhnya perisian pengurusan rujukan seperti Mendeley. Dengan adanya komunikasi serta bimbingan secara 2 hala ini, adalah diharapkan warga pelajar dapat menguasai ilmu yang telah dikongsikan dan dapat mempraktikkan penggunaan maklumat rujukan secara beretika. 


Program ini merupakan inisiatif berterusan PTAR Alam Bina dalam menyemai aktiviti budaya ilmu di kampus dan menyokong kecemerlangan penyelidikan dalam kalangan pelajar Fakulti Alam Bina.

#PTARAlamBina #LiterasiMaklumat #BudayaIlmuDigital #PengurusanHartaTanah #Mendeley #ResearchSkills

Tags: ,