Johor, 1 Januari 2026 – Dewan Sri Temenggong, UiTM Johor telah menjadi medan penghargaan dan pengiktirafan kepada seluruh warga Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) melalui Majlis Kemuncak Hari Inovasi & Kualiti Cawangan Johor 2025, yang dianjurkan oleh UiTM Cawangan Johor dengan penyelarasan Bahagian Bendahari.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh tertib dan bermakna itu meraikan kejayaan warga PTDI sebagai simbol keteguhan usaha, kesatuan hati, serta komitmen berterusan dalam memartabatkan perkhidmatan ilmu.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dirakamkan kepada seluruh warga dan pengurusan PTDI atas kejayaan ini, yang juga membuka tirai gemilang bagi tahun 2026. Diharapkan pencapaian ini menjadi sumber ilham untuk terus melangkah dengan yakin, berintegriti, dan berjiwa besar.
PTDI terus disegani sebagai gedung ilmu kondusif dan bernilai, tempat ilmu dipupuk, budi disemai, serta kesejahteraan akademia berkembang demi manfaat seluruh warga kampus dan komuniti.
Hebahan media sosial : media sosial

