Karnival Ilmu@PAB 2025 Berakhir dengan Majlis Penutup Meriah di Perpustakaan Al-Bukhari
JENGKA, 14 Oktober 2025 – Majlis Penutup Karnival Ilmu@PAB 2025 anjuran Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah berlangsung dengan penuh meriah di Kampus Jengka.
Majlis ini disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Nazirah binti Ramli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTM Cawangan Pahang. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Jawatankuasa Kepimpinan Eksekutif Negeri (JKEN) UiTM Cawangan Pahang, warga perpustakaan serta pelajar-pelajar yang terlibat sepanjang karnival berlangsung.
Majlis penutup diserikan dengan gimik perasmian yang kreatif dan simbolik, menandakan berakhirnya penganjuran karnival yang berlangsung dari 2 hingga 15 Oktober 2025. Gimik tersebut mencerminkan semangat ilmu dan perpaduan warga kampus dalam menjayakan pelbagai program ilmiah sepanjang tempoh karnival.
Dalam majlis berkenaan, Prof. Madya Dr. Nazirah turut berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang Program Bulan Kemerdekaan dan Karnival Ilmu, sebagai tanda penghargaan atas penyertaan dan usaha semua pihak. Antara kategori yang diraikan bagi Program Merdeka@PAB ialah:
Khazanah Alam Campus Challenge 2.0 (KACC 2.0)
-
Most Observation & Most Species Identified: Mohd Ismail bin Zainudin, Pembantu Pustakawan Kanan, Bahagian Perpustakaan Al-Bukhari
Celik Jawi: Moh Kita!
-
Kategori Individu:
i. Norhadfizan bin Mahbob – Makmal Sains (Kimia)
ii. Siti Nur Fatiha binti Mamat – Bahagian Pentadbiran
iii. Norasidah binti Haron – Makmal Sains (Fizik) -
Kategori Kumpulan: Tawakal, Sibawayh, Merbau
Suara Merdeka: Coretan Warga Malaysia
-
Nurhazwani binti Izam – Pelajar Praktikal, Perpustakaan Al-Bukhari
-
Anita binti Abu Kassim – Pegawai Psikologi Kanan, Unit Psikologi dan Kaunseling
-
Shamsudin bin Ismail – Pegawai Pertanian, Unit Perladangan
Selain itu, penyampaian hadiah turut diberikan kepada pemenang bagi Program Karnival Ilmu, yang melibatkan beberapa kategori menarik seperti:
-
Pertandingan Khat – Mohd Aizat bin Sarbani & Amira Husna binti Anuar (Fakulti Sains Gunaan), Nur Khaima Aqma binti Anuar (Fakulti Pengurusan Perniagaan)
-
Anugerah Pengurusan Rekod Terbaik UiTM Cawangan Pahang 2025 – Puan Intan Mariana binti Ahmad Taupek, Kerani Kanan, Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
Majlis penutup ini bukan sahaja menandakan berakhirnya siri program sepanjang karnival, malah menjadi lambang penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, selaras dengan matlamat Perpustakaan Al-Bukhari untuk terus menyemarakkan budaya ilmu di kalangan warga kampus.

