Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Jemputan Menghadiri & Mengikuti Siaran Langsung Program JEJAK KEJAYAAN: “Menelusuri Kerjaya Alumni UiTM”

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) akan menganjurkan program siaran langsung seperti berikut:

📌 Program : JEJAK KEJAYAAN: Menelusuri Kerjaya Alumni UiTM
📅 Tarikh : 23 September 2025 (Selasa)
⏰ Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi
📍 Tempat : Ruang Bacaan, Aras 3, PPTAR HASA
💻 Platform : https://youtube.com/@hasauitm?si=aGQHOH-6xDJijXMV (YouTube HASA @hasauitm)

Program ini bertujuan meraikan keterlibatan dan kejayaan Alumni UiTM dalam bidang kerjaya, serta menjadi wadah perkongsian inspirasi dan motivasi kepada pelajar. Inisiatif ini juga diharap dapat memperkukuhkan hubungan jaringan antara alumni, warga akademik, komuniti HASA dan UiTM, sekaligus menyumbang kepada pembangunan ilmu serta sahsiah pelajar.                                     

Jam latihan akan disediakan kepada warga UiTM dan HASA.

Sehubungan itu, semua staf, pelajar dan komuniti UiTM dijemput hadir serta mengikuti siaran langsung program ini. Kehadiran dan sokongan anda amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Tags: ,