Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Jelajah Ilmu: We Reach You@ Jabatan Kewangan, HASA

19 Ogos 2025 | 25 Safar 1447H (Selasa)

JELAJAH ILMU: WE REACH YOU @ JABATAN KEWANGAN, HASA

Sebagai sebahagian daripada inisiatif pembudayaan ilmu, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR) telah melaksanakan program Jelajah Ilmu: We Reach You yang berlangsung di Jabatan Kewangan, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA).

Program ini memberi peluang kepada staf jabatan untuk lebih mengenali pelbagai perkhidmatan dan sumber digital yang ditawarkan oleh perpustakaan, khususnya melalui Portal PERMATA – platform sehenti untuk pencarian ilmu dan bahan bacaan digital.

🔍 Antara pengisian utama yang diketengahkan:
✅ Pengenalan kepada Portal PERMATA
✅ Galakan pendaftaran MyReading – untuk rekod bahan bacaan & statistik peribadi sasaran 24 buku setahun
✅ Promosi koleksi e-Book yang boleh diakses 24/7
✅ Pinjaman buku bertema pilihan khas
✅ Kod QR akses pantas ke senarai judul buku terkini di PTAR HASA
✅ Demonstrasi penggunaan aplikasi PERMATA di peranti mudah alih

Melalui program ini, kami bukan sahaja menyampaikan maklumat — malah mengajak semua warga hospital untuk menjadikan membaca sebagai gaya hidup harian, tidak kira masa atau tempat. 

Terima kasih kepada semua staf Jabatan Kewangan yang memberikan kerjasama positif sepanjang program berlangsung!

Tags: ,