Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Jelajah Ilmu @ Town Hall HASA Memperkasa akses ilmu, menyuburkan budaya pembelajaran berterusan

16 Disember 2025 | 25 Jamadilakhir 1447H 

Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) telah menyertai Program Town Hall HASA anjuran jabatan-jabatan di bawah Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) menerusi pengisian Jelajah Ilmu @ Town Hall HASA yang berlangsung pada 16 Disember 2025 bertempat di Ruang Legar Auditorium, Aras 2, HASA.

Penyertaan ini bertujuan memperluas akses kepada sumber ilmu serta mendekatkan perkhidmatan perpustakaan kepada warga HASA. Pelbagai pengisian telah dilaksanakan termasuk promosi Portal PERMATA, pendaftaran MyReading, promosi koleksi e-buku, pinjaman buku bertema serta penyampaian penghargaan kepada peminjam buku tertinggi dan pengunjung perpustakaan paling aktif.

Reruai PPTAR turut dimeriahkan dengan aktiviti interaktif seperti Spin and Wheels, Wordwall Kuiz dan Teka Halaman Tepat yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada warga HASA.

Melalui Jelajah Ilmu @ Town Hall HASA, PPTAR komited untuk terus menyokong pembangunan ilmu, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan komuniti hospital.

 

Tags: ,