Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Jelajah Ilmu Sempena Bulan Kaunseling & Kesihatan Mental UCS 2025

Sungai Buloh, 15 –16 Oktober 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) meneruskan usaha promosi ilmu melalui program Jelajah Ilmu PTAR bersempena Bulan Kaunseling & Kesihatan Mental UiTM Cawangan Selangor 2025. Program ini berlangsung selama dua hari bertempat di Lobi Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh, dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Pelaksanaan program ini turut mendapat sokongan warga perpustakaan dengan penglibatan petugas seperti Encik Ahmadulhadi bin Hussim, Pembantu Pustakawan Kanan yang bertugas pada 15 Oktober 2025, dan Puan Farizaq binti Fauzi, Pembantu Pustakawan yang bertugas pada 16 Oktober 2025.

Program Jelajah ILMU PTAR ini dijalankan dengan objektif utama untuk:

  • Menyemarakkan sambutan Bulan Kaunseling & Kesihatan Mental UiTM Cawangan Selangor 2025.
  • Meningkatkan kesedaran dan penggunaan aplikasi PERMATA dalam kalangan warga UiTM.
  • Mempromosikan bahan bacaan perpustakaan, khususnya yang berkaitan dengan kesihatan mental, demi menyokong kesejahteraan emosi dan keseimbangan akademik warga universiti.

Melalui inisiatif ini, PTAR berharap dapat mendekatkan perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna serta menggalakkan budaya membaca dan celik maklumat dalam kalangan warga kampus.