Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Jelajah Ilmu PTAR Di Teluk Intan

Teluk Intan, 23 Ogos 2025 – Program Jelajah Ilmu anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Kampus Teluk Intan telah berlangsung dengan meriah di Dewan MPTI, Taman Desa Aman, Teluk Intan, Perak. Program yang dijalankan dari jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang itu berjaya menarik penyertaan seramai 150 orang pengunjung.

Program ini dikendalikan oleh Encik Muhammad Akmal Bin Azhar, Pustakawan dan Suzana Binti Ishak, Pembantu Pustakawan Kanan, yang bertugas sepanjang aktiviti berlangsung.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung, antaranya permainan interaktif, pinjaman dan pemulangan buku, pembaharuan tarikh pemulangan buku, serta pendedahan mengenai sistem PERMATA dan MobileApp@UiTM Library. Selain itu, pengunjung turut diberi penerangan mengenai Institutional Repository Perpustakaan dan keahlian luar (External Membership) yang ditawarkan oleh PTAR.

Penganjuran program ini bukan sahaja memberi peluang kepada komuniti setempat untuk mengenali perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan UiTM, malah turut menyokong usaha meningkatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Dengan sambutan yang menggalakkan, PTAR UiTM Kampus Teluk Intan yakin Program Jelajah Ilmu ini akan terus menjadi platform penting dalam mendekatkan perpustakaan dengan masyarakat sekaligus memupuk minat terhadap ilmu pengetahuan.