Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Jelajah Ilmu PTAR di Fakulti Perubatan UiTM

Sungai Buloh, 21 Ogos 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Kampus Sungai Buloh telah menganjurkan Program Jelajah Ilmu bertempat di Ruang Legar Bangunan Akademik, Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini disertai oleh warga UiTM serta orang awam.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya permainan interaktif, pinjaman dan pemulangan buku, pembaharuan tarikh pemulangan, serta pendedahan mengenai sistem PERMATA dan MobileApp@UiTM Library. Selain itu, pengunjung turut diberi penerangan mengenai Institutional Repository Perpustakaan dan External Membership, iaitu keahlian perpustakaan yang dibuka kepada orang luar UiTM.

Program ini berjaya menarik minat ramai pengunjung yang berpeluang mengenali lebih dekat perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PTAR. Penganjuran ini juga selaras dengan usaha perpustakaan dalam mempromosikan budaya membaca, memperluas capaian maklumat, serta mendekatkan perpustakaan dengan komuniti.