Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam Kunjungi Perpustakaan Al-Bukhari Perkukuh Tadbir Urus dan Pengurusan Arkib
JENGKA, 7 Oktober 2025 – Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam bagi sesi perbincangan berkaitan pengurusan perkhidmatan perpustakaan dan pengurusan arkib.
Kunjungan yang berlangsung di Perpustakaan Al-Bukhari, Kampus Jengka ini disertai oleh beberapa pegawai kanan termasuk Puan Aznur Umiza binti Abu Kasim@Abu Kassim, Pengarah Bahagian Pengurusan Perpustakaan; Encik Ahmad Amiri bin Mohamad, Pengarah Bahagian Arkib Universiti; Encik Ahamad Zuber bin Mohamed, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan; Encik Khairulhilmi bin Abdullah, Ketua Seksyen Fasiliti; dan Cik Nurul Hafiza binti Busra, Ketua Unit Sumber Manusia.
Sesi perbincangan ini memberi ruang untuk perkongsian ilmu dan pengalaman dalam usaha memperkukuh tadbir urus perkhidmatan perpustakaan serta pengurusan arkib di UiTM.
Perpustakaan Al-Bukhari merakamkan penghargaan kepada pihak Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam atas kesudian meluangkan masa untuk kunjungan ini. Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat terus diperkukuh demi meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan UiTM di seluruh negara.

