Library News

From Data to Defence: Memperkasa Keselamatan Digital Melalui AI

SEGAMAT, 31 Oktober 2025 – Program From Data to Defence: Using AI to Secure the Environment telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Oktober 2025 (Jumaat) dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Program ini merupakan anjuran Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.

Program ini menampilkan Ts. Zool Hilmi Muhamad Amir, Service Delivery Director daripada SRKK Consulting Sdn. Bhd., sebagai penceramah jemputan. Beliau telah berkongsi pandangan mendalam mengenai peranan dan kepentingan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam memperkukuh keselamatan data serta melindungi persekitaran digital organisasi.

Sesi ini dikendalikan oleh Mr. Hazwan A. Rahman, Pensyarah FSKM, dan turut menampilkan perbincangan interaktif yang menarik bersama penonton. Program tersebut telah berjaya menarik 940 penonton yang mengikuti siaran secara atas talian melalui akaun rasmi YouTube UiTM Johor dan Facebook Perpustakaan Tun Dr. Ismail.

Penganjuran ini bukan sahaja memperkukuh hubungan kolaboratif antara fakulti dan perpustakaan, malah turut mencapai Petunjuk Prestasi (PI8) UiTM yang menekankan penglibatan kolaborasi bersama komuniti. Melalui perkongsian ilmu seperti ini, PTDI dan FSKM terus komited memperkasakan literasi digital dan meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan warga kampus serta masyarakat umum.

Hebahan media sosial : media sosial