04 & 05 Februari 2026 | 16 & 17 Syaaban 1447H
PPTAR melalui Seksyen Arkib telah berjaya menganjurkan Bengkel Penyelarasan Klasifikasi Fail (KF) di Hospital Al-Sultan Abdullah.
Bengkel ini bertujuan untuk melaksanakan pembangunan sistem klasifikasi fail daripada sistem klasifikasi lama kepada sistem klasifikasi baharu, iaitu Fail Urusan Am dan Fail Urusan Fungsian, bagi memastikan pengurusan rekod jabatan dilaksanakan secara lebih sistematik dan berkesan.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Pn. Noor Syafika binti Zulkifeli, Ketua Seksyen / Pegawai Eksekutif (Arkib), dengan dibantu oleh Pn. Nor Hafizah binti Ismail, Pembantu Arkib Kanan. Sesi perkongsian yang bersifat praktikal dan berfokus ini memberi pendedahan jelas kepada peserta berkaitan kaedah pengelasan fail serta pelaksanaan klasifikasi fail yang betul di peringkat jabatan.
Seramai 40 orang staf yang dilantik sebagai Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) dan Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) telah terlibat secara aktif sepanjang bengkel ini. Penglibatan aktif peserta mencerminkan komitmen tinggi warga Hospital Al-Sultan Abdullah dalam memastikan pengurusan rekod yang teratur, berintegriti dan menyokong tadbir urus universiti secara menyeluruh.

