Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Perbincangan Awal Bersama SMK Bukit Kapar Bagi Pelaksanaan Program Pembudayaan Ilmu, Jalinan Komuniti & Literasi Kesihatan Hasa

Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) melalui Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR) telah mengadakan perbincangan awal bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kapar bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Program Pembudayaan Ilmu, Jalinan Komuniti dan Literasi Kesihatan. Perbincangan ini telah berlangsung pada 29 Januari 2026 (Khamis), jam 11.30 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat, SMK Bukit Kapar.

Sesi perbincangan ini bertujuan untuk merangka potensi kerjasama strategik antara pihak HASA dan pihak sekolah dalam usaha memupuk budaya ilmu, memperkukuh jalinan komuniti serta meningkatkan kesedaran literasi kesihatan dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.

Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Maswi Saion, Pengetua SMK Bukit Kapar. Turut hadir mewakili pihak sekolah ialah Dr. Norhalimaton Saadiah Ayub, Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan, Puan Nooraini Mohd Ishak dan Puan Amani Yusuh, Kaunselor sekolah, serta Puan Rohayu Abdullah, Guru SMK Bukit Kapar.

Pihak PPTAR HASA pula diwakili oleh Puan Noor Azlin Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), bersama Puan Fasihah Abdul Wahab, Puan Maizatul Akmal Sidik dan Cik Nursyakirah Suhaimi, Pelajar Latihan Industri.

Melalui sesi ini, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan berkaitan cadangan bentuk program, keperluan pelaksanaan serta peranan yang boleh dimainkan oleh setiap pihak sekiranya program ini direalisasikan. Pihak HASA berharap perbincangan awal ini dapat membuka ruang kerjasama berterusan yang memberi impak positif kepada pembangunan ilmu, kesejahteraan dan literasi kesihatan komuniti sekolah.

 

Tags: ,