Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Perbincangan Awal Bersama SK Puncak Alam Bagi Pelaksanaan Program Pembudayaan Ilmu, Jalinan Komuniti & Literasi Kesihatan Hasa

Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) melalui Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR) telah mengadakan perbincangan awal bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Program Pembudayaan Ilmu, Jalinan Komuniti dan Literasi Kesihatan. Perbincangan ini telah berlangsung pada 29 Januari 2026 (Khamis), jam 10.30 pagi, bertempat di Bilik Guru Besar, SK Puncak Alam.

Sesi perbincangan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama antara pihak HASA dan pihak sekolah dalam usaha memupuk budaya ilmu, mengukuhkan jalinan komuniti serta meningkatkan kesedaran literasi kesihatan dalam kalangan murid dan warga sekolah.

Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Norhamidi Mohd Ansor, Guru Besar SK Puncak Alam. Pihak PPTAR HASA pula diwakili oleh Puan Noor Azlin Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), bersama Puan Fasihah Abdul Wahab, Puan Maizatul Akmal Sidik dan Cik Nursyakirah Suhaimi, Pelajar Latihan Industri.

Melalui sesi ini, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan berkaitan cadangan bentuk program, skop pelaksanaan serta peranan strategik yang boleh dimainkan oleh setiap pihak sekiranya program ini dilaksanakan. Pihak HASA berharap perbincangan awal ini dapat menjadi asas kepada kerjasama yang berimpak positif dalam menyokong pembudayaan ilmu dan literasi kesihatan di peringkat komuniti sekolah.

Tags: ,