Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Perbincangan Awal Bersama SK Puncak Alam 3 Bagi Pelaksanaan Program Pembudayaan Ilmu, Jalinan Komuniti & Literasi Kesihatan Hasa

Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) melalui Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR) telah mengadakan perbincangan awal bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 3 bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Program Pembudayaan Ilmu, Jalinan Komuniti dan Literasi Kesihatan. Sesi perbincangan ini telah berlangsung pada 3 Februari 2026 (Selasa), jam 10.30 pagi, bertempat di Bilik Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Puncak Alam 3.

Perbincangan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama antara pihak HASA dan pihak sekolah dalam usaha memperkukuh pembudayaan ilmu, mengeratkan jalinan komuniti serta meningkatkan tahap literasi kesihatan dalam kalangan warga sekolah.

Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh Puan Suhaini Hamat, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Puncak Alam 3. Pihak Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR) HASA pula diwakili oleh Puan Noor Azlin Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), bersama Puan Fasihah Abdul Wahab, Puan Maizatul Akmal Sidik dan Puan Nur Ira Wahidah Nasir.

Melalui sesi perbincangan ini, pihak HASA berharap ianya dapat menjadi asas kepada kerjasama yang berterusan dalam menyokong inisiatif pembudayaan ilmu dan literasi kesihatan.

 

Tags: ,