JENGKA, 27 JANUARI – Warga Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang terus melakar kecemerlangan apabila meraih pelbagai anugerah sempena Majlis Kemuncak Bulan Inovasi & Hari Apresiasi yang berlangsung baru-baru ini.
Pengiktirafan yang diterima mencerminkan dedikasi, integriti serta komitmen tinggi warga kerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan memacu kecemerlangan organisasi.
Bagi kategori Jabatan Mesra Pelanggan (Emas), Perpustakaan Al-Bukhari Kampus Jengka telah dinobatkan sebagai penerima anugerah dengan Puan Hajah Rosnita binti Ja'afar, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (Memangku) (KUP), sebagai wakil penerima.
Sementara itu, bagi kategori Jabatan Mesra Pelanggan & Ruang Inspirasi (EKSA), tempat pertama telah diraih oleh PTAR Tun Abdul Razak, Kampus Raub yang diwakili oleh Encik Mohd Anwar bin Hassim, Pustakawan Kanan.
Dalam kategori individu, beberapa staf turut menerima pengiktirafan cemerlang. Bagi Anugerah Pentadbir Cemerlang (Gred A), Puan Muniratul Husna binti Mohamad Zaki menerima anugerah Perak manakala Puan Nurfarawahidah binti Badruesham menerima Gangsa. Bagi Anugerah Pentadbir Cemerlang (Gred C) pula, Puan Suhaina binti Ibrahim menerima anugerah Perak.
Puan Noor Azliza binti Aziz telah menerima Anugerah Peningkatan Diri (Emas), manakala Anugerah Sifar MC (Medical Leave) diberikan kepada Encik Mohd Firdaus bin Azmi dan Encik Khairul Ziad bin Hasbullah atas rekod kehadiran cemerlang.
Bagi Anugerah Khidmat Setia 20 Tahun, penghargaan diberikan kepada Puan Mazerina binti Nazeri, Encik Khairul Ziad bin Hasbullah dan Puan Wan Rozita binti Wan Alwi atas sumbangan dan komitmen berterusan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Selain itu, Anugerah Khidmat Cemerlang turut diterima oleh Puan Muniratul Husna binti Mohamad Zaki dan Puan Mazerina binti Nazeri. Puan Suhaina binti Ibrahim pula telah menerima Anugerah Rektor, manakala Encik Afdhal Irshaad bin Shamsul Kamal dinobatkan sebagai penerima Anugerah Staf Harapan.
Kejayaan ini diharapkan menjadi inspirasi dan pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja untuk terus berinovasi, berkhidmat dengan cemerlang serta melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

